Kemana boleh kita pergi di waktu-waktu lapang sebegini? Biasanya ramai yang lebih suka balik ke kampung bersama-sama keluarga masing-masing. Ya, saya pun suka balik kampung! Tetapi cukupkah dengan hanya balik ke kampung sahaja maka ia dapat menjanjikan kepuasan? Ianya pasti akan lebih meriah jika kita dapat bersama-sama mengalami satu pengalaman sains dan teknologi yang tidak kita perolehi di zaman kanak-kanak dahulu. Kemana lagi kalau bukan ke Petrosains di Tingkat 4, Suria KLCC. Tidak perlu membazir bercuti ke luar negara! :P
Memang seronok di musim cuti sekolah sebegini apabila pasti ramai akan beriadah di Petrosains yang bertempat di Suria KLCC di bangunan Menara Berkembar Petronas. Saya dan famili juga tidak ketinggalan. Memang amat berbaloi bagi saya sekeluarga dan mungkin juga kepada anda semua.
Konsep Petrosains ini hampir menyerupai sebuah muzium yang moden tetapi ianya tidaklah pula seperti muzium konvensional lain yang hanya membenarkan pengunjung menonton barang pamerannya sahaja, tapi di Petrosains kita berpeluang untuk berinteraksi dengan semua barang pamerannya. Disebabkan konsepnya adalah berunsur sains maka pembelajaran secara teori boleh dipraktikkan disini. Contohnya kita boleh merasa situasi kelajuan angin taufan, beraksi meluncur angin, menguji kelajuan, belajar mengenai minyak petroleum (sudah tentulah) dan banyak lagi.
Tingkat 4 Suria KLCC |
Menarik bukan?
Cuma kalau hendak datang ke sini eloklah datang pada waktu pagi kerana dikhuatiri tiket masuk akan habis dijual apabila tiba waktu tengahari. Itulah yang terjadi pada saya sekeluarga yang terpaksa menunda masuk ke hari berikutnya beikutan tiket kemasukan sudah habis dijual walaupun jam baru pukul 2 petang. (Macam nak beli tiket bola pula!) Tapi untuk memastikan saya dapat masuk pada esok hari maka saya telah membuat tempahan awal pada hari tersebut. Esoknya barulah berkesempatan masuk ke PETROSAINS!
Untuk maklumat lanjut boleh lawat di SINI.
Yuran Masuk
Kadar Umum
Adult/Dewasa - RM12.00
Youth/Remaja (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Children/Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Children/Kanak-kanak (bawah 5 Tahun) - Free of charge
Senior Citizen/Warga emas (Melebihi 55 tahun) - RM6.00
(Pelajar dan Berkumpulan berpeluang untuk kadar istimewa)
Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir adalah pada jam 5.00 petang)
Selasa, Rabu dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir adalah pada jam 4.00 petang)
Jumaat: 1.30 tengahari - 5.30 petang (Kemasukan akhir adalah pada jam 4.00 petang)
Isnin:TUTUP
:: Sources and official portal at http://www.petrosains.com.my
p/s: nasib baik aku tak datang hari ISNIN.
:: Sources and official portal at http://www.petrosains.com.my
p/s: nasib baik aku tak datang hari ISNIN.