Showing posts with label Sengal. Show all posts
Showing posts with label Sengal. Show all posts
Minggu lepas memang agak panas buat negara kita, kerana kita telah diserang oleh 'anonymous'. Mereka ini telah menyerang dan menggodam kebanyakan daripada lama web utama kerajaan. Dan kebanyakan laman web ini tidak dapat diakses buat sementara waktu. Serangan pihak 'anonymous' ini telah pun dapat dipatahkan, tetapi kerosakannya tetap besar. Aku tak mahu mengatakan yang pihak 'anonymous' ini hebat, tetapi apa yang mereka ini boleh buat membuka mata kita sebenarnya akan tahap kemampuan pihak negara kita terhadap serangan daripada penggodam-penggodam sebegini.


Pernah pergi makan pizza di Pizza Hut tak? Pizza Hut ni adalah merupakan pelopor makan pizza di Malaysia ni selain daripada nama-nama besar yang lain macam Domino's Pizza tu.

Tapi walau sebagus mana pun prestasi Pizza Hut ni, banyak pengalaman sengal yang aku lalui semasa singgah makan pizza di sini. Especially kalau pergi makan pizza di Pizza Hut dalam Giant cawangan Bukit Tinggi Klang.