Jangan panik!

Kalau tiba-tiba 'folders' yang di simpan di dalam 'pendrive' secara tiba-tiba menjadi 'shortcuts', apa yang perlu kita buat? Jangan panik dan jangan gelabah. Jangan pula kita formatkan semula pendrive tersebut. Kerana memformat pendrive itu akan memadamkan keseluruhan dokumen di dalamnya.




Mungkin ramai yang tak perasan dengan 'trend' statistik kuantiti wanita berbanding lelaki di Malaysia ni. Memang telah disahkan kaum perempuan lebih ramai daripada lelaki. Ironinya, 'lebih ramai kaum perempuan' ini tak bermakna akan lebih ramai kaum perempuan yang membujang @ tidak berkahwin.

Orang bujang paling terpopular sepanjang zaman.
FAKTA: Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas masih belum berkahwin. Daripada jumlah itu lebih ramai lelaki yang belum berkahwin daripada wanita. Ini termasuk orang-orang yang bercerai, balu dan orang-orang yang tidak pernah berkahwin.

Beliau berkata jumlah ini, 55.6% adalah lelaki dan 44.4% adalah wanita.

Antara alasan-alasan orang lelaki yang membujang ini adalah:
  1. Tiada calon-calon yang sesuai. (Memilih)
  2. Kerjaya. (Gaji sikit, tak pernahnya cukup)
  3. Komitmen keluarga.
Alasan terpopular orang perempuan pula:
  1. Tiada calon suami yang layak. (Memilih juga ni)
  2. Masalah kewangan. (Maintainance tinggi agaknya)
  3. Kerjaya. (Sibuk la sangat)
  4. Keselesaan menjadi bujang. (Belum kahwin memanglah belum tahu nikmatnya)
  5. Komitmen keluarga dan sebab-sebab lain. 
Mana perginya kaum lelaki ini?
  1. Penjara.
  2. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) - dulunya dipanggil Pusat Serenti
  3. Tukar jantina (agaknya la)
Kesimpulannya disini, ehem.. ehem.. kuota bagi kaum lelaki yang MAMPU untuk menambah cawangan masih terbuka luas :)
 
~rujukan theStarOnline~