Watak Batman memang nampak sangat cool, dengan intonasi suara yang garau dan penampilan yang sangat misteri membuatkan ianya sangat macho pada pandangan umum.

Tapi kalau pendapatan bulanan kita sama dengan Bruce Wayne, maka kalian pun boleh jadi Batman juga.

(klik pada gambar untuk lebih jelas)
How Much Does It Cost to Be Batman?
Kenali mereka ini, walaupun bahasa yang mereka guna sangatlah lucu bunyinya tetapi mereka tetap comel. Dah tengok atau belum cerita ni?

A Who
Selepas syarikat internet Yahoo! membuat pembelian drastik kepada sebuah platform untuk blogging iaitu Tumblr, seorang pemuda daripada bandar New York akhirnya telah menjadi jutawan.

Pemuda itu adalah David Karp. Pada usia 26 tahun dia telah menjual Tumblr kepada Yahoo! Dengan nilai USD 1.1 bilion. Antara fakta-fakta menarik beliau adalah:


1. Lahir pada 6 Julai 1986.

2. Tingginya 6 kaki 1 inci.

3. Beliau adalah pengasas dan juga CEO kepada sebuah platform blogging iaitu Tumblr.

4. Ibu bapanya bercerai semasa beliau berusia 17 tahun.

5. Ibunya adalah seorang guru sains.

6. Berhenti sekolah pada usia 14 tahun untuk menjalani 'home schooling' dan sayangnya sehingga kini beliau tidak mempunyai apa-apa sijil akademik.

7. Memulakan syarikat konsultansi perisian dengan nama Davidville pada usia 20 tahun.

8. Tumblr mula dirancang pada tahun 2006 dan dilancarkan secara rasmi pada Februari 2007.

9. Membuat pelaburan sebanyak $750,000 USD terhadap Tumblr pada usianya 21 tahun.

10. Dalam tempoh 2 minggu sahaja Tumblr menarik sebanyak 75000 pengguna.

11. David Karp menggunakan Vespa, kerana 'ia lebih murah daripada menggunakan teksi' katanya.

Ini pencapaian yang sangat menakjubkan bagi seorang lelaki yang tidak tamat pengajian di sekolah, walaupun ibunya seorang guru sains.