Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

, ,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun 2010 ni dah nak hampir tiba ke penghujungnya, lepas bulan Disember 2010 ni nanti kita akan terima tahun 2011 pulak. Sepanjang tahun ini jugaklah banyak perkara menarik yang aku dah jumpa dalam blog-blog di Malaysia ni. Daripada entry yang panjang berjela-jela sampailah entry yang 2-3 baris aje! Ada yang buat entry pasal lawak, pasal politik, pasal hiburan tanah air dan yang paling best sekali pasal peraduan!
Aku tak pernah pun try mana-mana pertandingan yang wujud kat blog-blog ni, sebab aku tak berapa paham sebenarnya. Ada yang buat pertandingan cipta header, pertandingan lirik lagu, tapi aku amat tertarik bila terbaca pertandingan show off desktop daripada Anwarosman.com ni. Niat untuk menang pertandingan ni jauh sekali, sekadar cuma untuk memeriahkan majlis saja ni!

 Ini screen-shot laptop aku.

(klik untuk tumbesaran)
 Laptop aku adalah daripada model COMPAC Presario CQ20, operating systemnya pulak adalah Windows Vista Home Premium. Skrin laptop yang kecil ni cuma 12 inci sahaja. Memadailah buat aku yang selalu buat kerja luar ni, tak larat nak angkut laptop yang besar-berat ni.

Wallpaper background ni aku buat sendiri menggunakan perisian GIMP 2.6 (salah satu perisian yang aku paling minat, aku tak mampu nak beli Photoshop). Tutorial untuk buat background ni pun ada kat blog aku di Creative Cottage.

Memang dah jadi habit aku untuk gunakan 'background image' buatan sendiri supaya setiap hari aku akan amati hasil tangan sendiri dan boleh 'touch-up' later on. Mungkin tidaklah secantik wallpaper contestant yang lain, tapi aku gembira sebab tak ramai yang guna background buatan sendiri @ Malaysia! :)

Desktop aku ni takde letak icon kat desktop pun, sebab aku suka suasana yang simplicity (less is more). Aku guna Rocket Dock untuk docklet di kiri sidebar, dan RK Launcher untuk docklet sidebar di atas tu.

Perisian yang paling kerap aku guna:
  1. Mozilla Firefox
  2. Avira Antivirus
  3. BitComet
  4. GIMP 2.6
  5. Photoscape
  6. Picasa3
p/s: Kagum aku tengok blogger yang turut join pertandingan ni, background  wallpaper diorang memang meletop!.