Kisah Blogging Tak Terlupakan 2010

, ,
Salam sejahtera dan Salam tahun baru pada semua.

Tahun 2010 telah meninggalkan kita dengan pelbagai cerita dan peristiwa menarik berlaku baik di dalam mahupun di luar negara. Cerita  yang paling panas di dunia adalah insiden pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel apabila merampas kapal Mavi Marmara yang membawa bekalan bantuan kemanusian oleh aktivis ke Gaza, kisah letupan gunung berapi di Indonesia, kisah pembunuhan kejam Datuk Sosilawati di Banting (kampung wife aku), cerita Upin dan Ipin, pelancaran siaran TV baru iaitu Al-Hijrah dan banyak lagi.


Walaupun begitu, dunia blogging ini lebih meriah bagiku. Walaupun dunia blogging ini masih baru bagiku namun banyak sekali peristiwa yang aku dapati sangat menarik telah berlaku sepanjang tahun lepas. Kisah tak terlupakan 2010 contohnya:
  • Seorang blogger wanita (tidak dapat diberitahu) telah didapati meniru bulat-bulat resepi dari blog Mat Gebu dan diterbitkan semula di blognya. Beliau tidak membuat pembetulan kepada resepi tersebut yang menggunakan ayat-ayat yang serupa 'sebijik' dengan yang asal. Beliau kemudiannya menjadi bahan kutukan di blognya sendiri selama berbulan-bulan.
  •  Gadis bernama Hanis Zalikha dan blognya menjadi sangat popular mengatasi kepopularan Siti Norhaliza berdasarkan enjin carian di internet. Beliau tidak dikutuk sebaliknya dipuja ramai lelaki di Malaysia juga selama berbulan-bulan.
  • Aimie Harmelia yang merupakan tunang kepada Hero Bolasepak Kebangsaan Khairul Fahmi secara tiba-tiba menjadi tumpuan ramai. Ini berikutan sorotan artikel-artikel di dalam blognya sendiri sebelum ini yang mendedahkan hubungan mereka berdua. Beliau akhirnya akur bahawa tunangnya itu  akhirnya dipuja-puja ramai wanita bukan sahaja di Malaysia malahan dari Indonesia juga selama berbulan-bulan barangkali!.
Mungkin banyak kisah dan peristiwa menarik yang aku tidak tuliskan disini, tetapi kalian pasti lebih mengetahuinya. Aku juga yakin bahawa tahun baru 2011 ini akan dapat memberikan lebih banyak cerita menarik dan mengujakan pada kita. Semoga tahun ini menjadi tahun yang gemilang buat semua.