Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Salam semua,
Adakalanya, kita rasakan seperti seluruh dunia membenci kita. Terutamanya apabila semua perkara yang kita rancang tak menjadi. Usaha kita yang melimpah-ruah tidak membuahkan hasil, perancangan kerja yang rapi akhirnya berakhir dengan kegagalan. Perit rasanya bukan?
Tapi, aku percaya kegagalan ini bukanlah segalanya. Bangun semula dan hadapi kenyataan seperti seorang lelaki sejati. 'Alasan untuk tidak bangun hanya untuk mereka yang bergelar pengecut'. Hayati video ini.
Jikau kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukannya. Selamat berusaha.
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011. Tahniah pada semua pemain dan juga kepada semua penyokong-penyokong pasukan Hoben Jang Hoben ni. Ramai juga member-member aku yang sokong pasukan Negeri Sembilan ni terutamanya selepas team Selangor kalah dengan Terengganu.
Kesian jadi Wayne Rooney. Sebagai seorang pemain bola yang sangat berkemahiran dan terkenal pasti hidupnya dipenuhi dengan macam-macam ragam. Dari segi kehidupannya di atas padang ataupun diluar padang semuanya menjadi perhatian. Apatah lagi jika mereka adalah warga England. Mereka ini disanjung tinggi, sentiasa menjadi perhatian dan tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar, topik perbualan di laman web malah turut dikomersilkan sebagai model mana-mana produk. Ingat David Beckham?