Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar islam 1431 Hijrah. Esok masuklah hari yang baru untuk Tahun Baru 1432 Hijrah iaitu bermula dengan 1 Muharram. Aku bersyukur sebab masih dapat bernafas sehingga ke hari ini. Aku gunakan takwim daripada laman web JAKIM untuk kalendar Islam 1432 ni sebagai rujukan untuk semua dan juga untuk aku sendiri.
Sempena Awal Muharram ni rasanya aku perlu buat banyak penghijrahan daripada yang amalan yang buruk-buruk kepada yang lebih baik. Lebih kurang macam azam jugak la, cuma azam yang selalu aku buat tiap-tiap tahun baru kat kalendar lunar tu takde satu pun yang tercapai.
Mungkin sebab azam aku tu cuma azam yang tak diikuti dengan perbuatan dan usaha agaknya!
Azam tahun baru kali ini pulak aku nak ramaikan ahli famili! Get it? :)
Korang pun aku galakkan untuk singgah ke laman web Jakim ni, takkanlah sanggup blogwalking sampai beratus-ratus blog sehari tapi tak nak singgah seminit-dua ke laman web JAKIM ni!
p/s: Aku tertarik untuk buat entry berkenaan Maal-Hijrah ni selepas singgah ziarah di blog sempoi myjazmanie.com.