Folders dalam pendrive menjadi shortcuts?

, ,
Jangan panik!

Kalau tiba-tiba 'folders' yang di simpan di dalam 'pendrive' secara tiba-tiba menjadi 'shortcuts', apa yang perlu kita buat? Jangan panik dan jangan gelabah. Jangan pula kita formatkan semula pendrive tersebut. Kerana memformat pendrive itu akan memadamkan keseluruhan dokumen di dalamnya.




Puncanya adalah daripada TROJAN BUOUFO, QWERT dan mungkin juga autorun.info worm. Apabila pendrive sudah dijangkiti dengan virus ini, maka fail-fail dan folder-folder dalam pendrive ini akan dihilangkan (hidden). Yang tinggal adalah 'shortcuts' seperti gambar di atas.

Apa yang kita perlu  buat adalah:

  1. Klik pada Start > Run.
  2. Taip, “cmd” and click Ok.
  3. Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.*, dan tekan Enter: 'f' adalah huruf untuk USB drive. 
Selepas folder dan fail yang 'hidden' muncul semula, kita bolehlah membuang semua folder shortcut yang wujud dalam pendrive itu. Jangan lupa 'scan' semula pendrive bagi memastikan tiada lagi TROJAN dalam pendrive itu.
Sekian maklumat berguna untuk hari ini.