Showing posts with label Friendster. Show all posts
Showing posts with label Friendster. Show all posts
Akhirnya apa yang digembar-gemburkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Friendster yang dahulunya merupakan salah satu portal 'social networking' yang popular kini telah di'transform'kan menjadi sebuah laman web @ portal permainan secara online. Jangan terkejutlah ye, kerana pada pandangan aku, apa yang aku nampak dan perhatikan transformasi ini adalah satu-satunya langkah menyelamatkan Friendster daripada ditenggelamkan oleh Facebook. Langkah ini juga bermakna, Friendster bukan lagi seperti yang kita kenal dahulu. :(


Pada tahun 2002 laman web Friendster telah diwujudkan. Pada zaman itu sebelum kewujudan Facebook dan Myspace ianya merupakan salah satu fenomena sosial networking yang sangat gah di internet. Popularitinya menarik pengunjung sehingga berpuluh-puluh juta pengguna sepanjang tahun. Sayangnya perkembangannya cuma setakat itu, tiada 'X' faktor yang membolehkannya bertahan lama yang sepatutnya mereka kecapi sepertimana Facebook pada hari ini.