Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Salam semua.

Biasa tak tengok baju T yang corak atau design yang sangat menarik? Memang banyak rasanya, especially kalau yang pakai tu budak-budak remaja. Boleh dikatakan baju T yang diorang pakai tu sangatlah 'catchy' dengan slogan-slogan yang kelakar, kekadang tu giler jugak. Maybe kita pun ada idea nak buat mesej-mesej camtu, cuma takde kesempatan dan tak tahu mana nak cari printing shop yang berdekatan. So sekarang ni aku bagi link untuk korang tengok sendiri apa yang Heartbeat ni tawarkan. Aku ada banyak idea yang mengarut-mengarut, cuma tak sampai hati plak nak pakai T-shirt tu nanti. LOL.
Salam Ramadhan buat semua.

Bulan puasa ni bulan yang penuh dengan keberkatan. Terpulanglah kepada kita untuk mencarinya. Buatlah apa sahaja perkara itu kerana Allah SWT kerana pasti ianya mendatangkan pahala. Bangun tidur, mandi, pakai baju, pergi kerja dan tidur juga boleh mendatangkan pahala kalau niatnya adalah kerana Allah SWT.


Tapi ada kalanya kita terlupa dan lalai bahawa ada perkara yang kita buat itu sebenarnya salah akidahnya. Sebagai contoh, perkara ni berlaku tadi semasa aku sedang menunggu di dalam masjid untuk solat Isya' dan seterusnya solat terawih berjemaah.
Salam,

Lama sungguh aku tak update ruangan ni. Tapi kali ni aku tertarik nak tunjuk satu video yang paling kreatif tahap gaban pernah aku jumpa. Mujur la aku ni follower Capcom yang maha setia di Facebook. So, memang benda-benda yang bukan-bukan ni kerap jugaklah aku tonton. 
Karakter dalam Street Fighter 4

Salam sejahtera buat semua.

Sejak aku masuk ke dunia blogging ni, dah macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Aku pernah jumpa blog yang sangat best dan ada yang sangat hampeh. 

Aku akui yang aku mempunyai blog kecil yang kehadirannya tiada memberi impak langsung pada dunia blogger. Kalau dibandingkan dengan beberapa nama besar blogger kat Malaysia ni memang jauh taraf aku dengan diorang. Dah macam filem Antara 2 Darjat dah ni.
Pada tahun 2002 laman web Friendster telah diwujudkan. Pada zaman itu sebelum kewujudan Facebook dan Myspace ianya merupakan salah satu fenomena sosial networking yang sangat gah di internet. Popularitinya menarik pengunjung sehingga berpuluh-puluh juta pengguna sepanjang tahun. Sayangnya perkembangannya cuma setakat itu, tiada 'X' faktor yang membolehkannya bertahan lama yang sepatutnya mereka kecapi sepertimana Facebook pada hari ini.

Salam sejahtera.

Antara azam Tahun Baru 2011 bagi blogger di luar sana mungkinlah untuk menerbitkan entri di dalam blog mereka dengan lebih kerap. Tetapi harus diingat bahawa azam sahaja tanpa usaha tak menjanjikan apa-apa. Mungkin jumlah entri mereka selama ini tidak mencukupi kuota agaknya. Mungkin juga disebabkan oleh faktor cabaran mahu mengeluarkan entri yang berkualiti maka mereka ketandusan idea lantaran blog gagal diisi. 

Tapi kini, ada satu lagi cabaran yang sangat menarik anjuran daripada Wordpress sendiri. Cabaran ini ditujukan kepada para blogger yang menggunakan Wordpress sahaja dan ini bukanlah sebuah pertandingan!
Kemana boleh kita pergi di waktu-waktu lapang sebegini? Biasanya ramai yang lebih suka balik ke kampung bersama-sama keluarga masing-masing. Ya, saya pun suka balik kampung! Tetapi cukupkah dengan hanya balik ke kampung sahaja maka ia dapat menjanjikan kepuasan? Ianya pasti akan lebih meriah jika kita dapat bersama-sama mengalami satu pengalaman sains dan teknologi yang tidak kita perolehi di zaman kanak-kanak dahulu. Kemana lagi kalau bukan ke Petrosains di Tingkat 4, Suria KLCC. Tidak perlu membazir bercuti ke luar negara! :P

Lambang PETROSAINS

Assalamualaikum semua. 

Tahun 2011 sudah semakin dekat, manakala tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya. Aku sendiri pun sudah tidak tahu apa azam yang dibuat di awal tahun. Entahkan tercapai entahkan tidak. Tapi akhirnya aku terpanggil untuk membuat 'wishlist' untuk tahun 2011 akan datang ini. 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun 2010 ni dah nak hampir tiba ke penghujungnya, lepas bulan Disember 2010 ni nanti kita akan terima tahun 2011 pulak. Sepanjang tahun ini jugaklah banyak perkara menarik yang aku dah jumpa dalam blog-blog di Malaysia ni. Daripada entry yang panjang berjela-jela sampailah entry yang 2-3 baris aje! Ada yang buat entry pasal lawak, pasal politik, pasal hiburan tanah air dan yang paling best sekali pasal peraduan!
Aku tak pernah pun try mana-mana pertandingan yang wujud kat blog-blog ni, sebab aku tak berapa paham sebenarnya. Ada yang buat pertandingan cipta header, pertandingan lirik lagu, tapi aku amat tertarik bila terbaca pertandingan show off desktop daripada Anwarosman.com ni. Niat untuk menang pertandingan ni jauh sekali, sekadar cuma untuk memeriahkan majlis saja ni!