Fakta yang dinyatakan disini adalah sebagai maklumat kepada semua dan ini merupakan petikan semula daripada Men's Health on msnbc.com 


Antara ubat yang paling popular digunakan bagi mengatasi masalah kebotakan rambut adalah Propecia (finasteride). Ubat ini memang sangat berkesan hasilnya tetapi telah mewujudkan masalah seks buat penggunanya.
Cerita kali ini sangat menarik dan tergerak hati saya untuk berkongsi dengan semua pembaca di luar sana. Kisah ini berkisar tentang seorang ayah bernama Philip yang kerisauan kerana anaknya Ted (4 tahun) yang kelihatan sangat tidak bermaya, ditambah pula dengan hidung berdarah, kesan ruam-ruam dan lebam-lebam yang muncul secara tiba-tiba. 

Maka satu temujanji pun telah diaturkan untuk bertemu dengan doktor pada keesokan harinya. Namun pada malam sebelumnya muncul setompok bintik-bintik berwarna ungu di wajah anaknya, Si ayah iaitu Philip telah mengambil gambar anaknya dan meletakkannya di dalam Facebook untuk mendapatkan nasihat daripada rakannya Barton yang juga seorang doktor. Jawapannya sangatlah mendukacitakan.