Kesilapan Semasa Berblogging

, ,
Memang ramai di antara kita yang suka berblogging. Boleh dikatakan ramai yang berblogging di atas sebab untuk memiliki satu laman web sendiri dan berupaya untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas di dalam pemikiran mereka. 

Memang diakui berblogging ini amat mudah, tambahan pula dengan kemudahan blog-publishing-service oleh banyak laman web seperti Blogger, Wordpress dan banyak lagi.

Di Malaysia, diperhatikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila melihatkan banyak blog baru yang muncul di internet setiap hari. Tidak susah untuk melihat ke'sibuk'an dunia blogging di Malaysia ini. Anda cuma perlu singgah sahaja di laman web seperti Gengblogger ataupun Blogged yang merupakan laman web untuk 'ping' bagi setiap entri baru yang dibuat oleh para blogger. Hampir setiap minit pasti ada sahaja blogger yang 'ping' entri mereka.

Tetapi, perkara yang menyedihkan apabila tedapat sebilangan daripada blogger ini menggunakan blog mereka sekadar untuk menarik trafik yang tinggi tanpa mematuhi etika berblogging yang sepatutnya. Tindakan seperti meletakkan tajuk entri yang menggoda ataupun mengghairahkan bukanlah satu kesalahan tetapi isi kandungannya yang mengandungi unsur-unsur lucah, ataupun tidak bermoral amatlah dikesali.

Bagi pemilik blog-blog sebegini, trafik yang tinggi kepada blog pasti dapat menjana pendapatan sampingan yang tinggi buat mereka. Oleh yang demikian, mereka rela menerbitkan entri-entri yang tidak bermoral asalkan terdapat aliran masuk trafik yang tinggi ke blog mereka.

Ada juga penulis yang menulis blog seperti sekadar melepaskan batuk ditangga. Dengan persembahannya yang sangat kompleks, isi kandungannya yang tidak tersusun, kedudukan 'margin' teksnya yang memeningkan kepala, TULISAN BESAR dan tulisan kecil bercampur aduk, kesalahan ejaan yang banyak dan juga warna teks yang berwarna-warni. Tanpa membuat pemeriksaan terhadap perkara sebeginilah yang mewujudkan tanggapan bahawa pemilik blog ini tidak komited dan mempunyai sikap ambil mudah dalam menguruskan blognya. 

Mungkin tujuan utamanya adalah untuk mencantikkan blog mereka, tetapi ia sebenarnya merosakkannya. Disinilah kesilapan semasa berblogging sebenarnya.

Aku bukanlah seorang yang mahir di dalam dunia berblogging, malahan blog ini juga umurnya baru berusia setahun jagung. Banyak perkara yang sedang aku pelajari dan terdapat banyak juga tips-tips berguna daripada blogger yang lain tentang dunia blog sebegini.

Izinkan aku berkongsi sedikit maklumat yang aku perolehi daripada PAT tentang apa yang boleh kita buat sebelum kita menerbitkan entri blog di internet.

(klik untuk tumbesaran)
p/s: Entri kali ini cuma pandangan aku sahaja. Bukan niat melibatkan mana-mana blogger.