Wishlist Tahun 2011

, , No Comments
Assalamualaikum semua. 

Tahun 2011 sudah semakin dekat, manakala tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya. Aku sendiri pun sudah tidak tahu apa azam yang dibuat di awal tahun. Entahkan tercapai entahkan tidak. Tapi akhirnya aku terpanggil untuk membuat 'wishlist' untuk tahun 2011 akan datang ini. 


'Wishlist' yang aku buat ini bukanlah merupakan azam tahun baru 2011, sebaliknya cuma impian dan harapan untuk aku perolehi tahun depan. Berdasarkan senarai 'wishlist' ini, memang ada beberapa sasaran yang aku cuma boleh bertawakal sahaja sebab kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Ada juga beberapa impian yang di senaraikan ini hanya bergantung kepada saiz poket (duit) yang aku ada. Khuatir juga kalau beli barang-barang ini tetapi tidak cukup duit untuk makan dan kegunaan hari-hari pulak.

SENARAI 'WISHLIST'









5. Zuriat ke-2
Wishlist yang ini memang memerlukan usaha yang berterusan disamping doa dan tawakkal kepada Tuhan sahaja yang memastikan impian ini dapat dicapai. Rasa kasihan pula pada si 'abang' yang sudah pun berusia 6 tahun pada tahun depan tapi masih tiada teman bergusti!

6. Rumah
Tahun 2011 ini aku mahu memiliki rumah sendiri. Biarlah sekadar rumah teres sekalipun, aku tidak akan kisah. Harga rumah yang meningkat setiap tahun pasti akan jadi beban pada aku. Jadi, rasanya aku akan beli sebuah pada tahun depan. Tunggu!

Cukuplah hanya 5 senarai impian aku untuk tahun 2011 akan datang. Biarpun peratusan untuk memilikinya sangat kecil, tetapi biarlah ia menjadi semangat untuk berusaha lebih gigih dalam mencapainya. Kena tunggu earning dari Nuffnang ads yang banayk baru mampu agaknya. Bak kata pujangga :
'kalau memasang impian biarlah hingga mencapai bintang, jika tidak kesampaian pun setidak-tidaknya kita mencapai awan'

p/s: Salah satu azam tahun depan adalah untuk terus menggunakan tatabahasa yang betul di dalam blog!

0 comments:

Post a Comment