Pada mulanya aku perhatikan kebanyakan blogger di Malaysia ni mempunyai kehebatannya tersendiri dalam menguruskan blog masing-masing. Mereka sentiasa mempunyai sesuatu idea, perkara-perkara dan isu menarik yang dipostkan di blog mereka. Mereka juga mempunyai ramai follower yang setia menantikan paparan terbaru mereka.
Ramai di antara kita yang menggunakan khidmat jalur lebar, dan mungkin ramai juga daripadanya memilih CELCOM sebagai penyedia servisnya. Dan masih ramai yang mungkin belum jelas akan terma dan syarat yang dikenakan kepada para pengguna seperti saya ini. Oleh itu, Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat-maklumat yang terkandung di dalam polisi penggunaan khidmat jalur lebar daripada Celcom ini.

Bagi yang masih belum tahu, hari Isnin 25 haribulan Okt ni adalah hari cuti umum bagi semua kakitangan kerajaan. Cuti? kenapa pula ada cuti umum? kenapa kami yang bekerja di KL ni tak tahu menahu pun. Ini agak mustahil, sebab selaku kakitangan kerajaan ni kami memang sentiasa up-to-date dengan segala perkembangan terkini contohnya tarikh gaji masuk, tarikh cuti umum, tarikh kenaikan gaji dan banyak lagi. Jadi cuti umum ni pasal apa pulak?
(pinjam myfitri.com)
Kesian jadi Wayne Rooney. Sebagai seorang pemain bola yang sangat berkemahiran dan terkenal pasti hidupnya dipenuhi dengan macam-macam ragam. Dari segi kehidupannya di atas padang ataupun diluar padang semuanya menjadi perhatian. Apatah lagi jika mereka adalah warga England. Mereka ini disanjung tinggi, sentiasa menjadi perhatian dan tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar, topik perbualan di laman web malah turut dikomersilkan sebagai model mana-mana produk. Ingat David Beckham?
Buat peminat Facebook pastinya biasa dengan permainan yang disediakan di Facebook. Farmville, Mafia Wars dan macam-macam lagi. Tapi berapa ramai yang tahu ranking permainan sebegini di Facebook? Mungkin ramai yang belum tahu kan? Jadi biarlah aku senaraikan sedikit-sebanyak kedudukan terkini populariti permainan-permainan online sebegini.
2 hari lepas timbul kisah yang membuatkan kawan aku ni melenting berasap sampai keluar asap kat telinga dia. Marah punya pasal la bila dia dapat tahu cerita Pengerusi Felda sendiri yang mencadangkan supaya anak-anak Felda ni bekerja sebagai pembantu rumah atau amah bagi menggantikan amah asing. Logik jugak la kalau dia tu marah, sebabnya dia tu pun anak Felda gak macam aku gak la. 

Tapi bagi aku no problem,la selagi gaji tu halal dan kerja tu sesuai dengan kelayakan diorang, aku tak nampak masalahnya. Hina sangat ke kerja pembantu rumah ni sampai tak layak untuk anak Felda ni ataupun mulia sangat anak Felda ni sampai tak layak kerja sebegini? 
Hidup macam kita ni, nak buat apalah jika asyik bergaduh, berperang, bertengkar aje kan. Tak bolehkah kita semua rakyat Malaysia ni hidup harmoni, takde gaduh-gaduh pasal parti politik, gaduh pasal bola, gaduh pasal kawin banyak ke. Kan aman sejahtera macam tu.



Ini tidak, disebabkan hanya parti politik berbeza ajer, semuanya nak bergaduh dah. Parti politik kat Malaysia ni baru ade 2-3 ajer, tapi fanatiknya macam penyokong  bolasepak Kelantan. Siap ada yang putus sahabat, putus saudara, putus macam-macam lagi lah sebab lain-lain fahaman. Aku rimas dengan suasana macam ni. Aku tak suka langsung! 

So, untuk release serabut kat kepala ni baik aku layan lagu Malique lagi sempoi. Lirik Bahasa Melayunya bagus sekali, jelas maksud yang nak di bagi tau tu.
First entry is about FB.

Aku punya FB ada lah dekat 50 orang yang belum di luluskan untuk disenaraikan dalam 'friends' list. Bukannya aku ni sombong pun, cuma aku bukannya kenal mereka ni semua, cuma mereka ni bukanlah penting sangat pun dalam hidup aku. Aku pilih cuma mereka yang betul-betul kawan dan kaum keluarga terdekat sahaja.