Kemana boleh kita pergi di waktu-waktu lapang sebegini? Biasanya ramai yang lebih suka balik ke kampung bersama-sama keluarga masing-masing. Ya, saya pun suka balik kampung! Tetapi cukupkah dengan hanya balik ke kampung sahaja maka ia dapat menjanjikan kepuasan? Ianya pasti akan lebih meriah jika kita dapat bersama-sama mengalami satu pengalaman sains dan teknologi yang tidak kita perolehi di zaman kanak-kanak dahulu. Kemana lagi kalau bukan ke Petrosains di Tingkat 4, Suria KLCC. Tidak perlu membazir bercuti ke luar negara! :P

Lambang PETROSAINS

Memang ramai di antara kita yang suka berblogging. Boleh dikatakan ramai yang berblogging di atas sebab untuk memiliki satu laman web sendiri dan berupaya untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas di dalam pemikiran mereka. 

Memang diakui berblogging ini amat mudah, tambahan pula dengan kemudahan blog-publishing-service oleh banyak laman web seperti Blogger, Wordpress dan banyak lagi.
Assalamualaikum semua. 

Tahun 2011 sudah semakin dekat, manakala tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya. Aku sendiri pun sudah tidak tahu apa azam yang dibuat di awal tahun. Entahkan tercapai entahkan tidak. Tapi akhirnya aku terpanggil untuk membuat 'wishlist' untuk tahun 2011 akan datang ini. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.
Mesti korang semua kenal dengan Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan hasil usaha NASA dan kerajaan Amerika . Ye ke bulan? atau cuma set lakonan di Padang Pasir Nevada? Aku tak berapa nak percaya cerita daripada NASA ni sebenarnya. Kalau mereka pernah pergi ke bulan suatu masa dahulu, kenapa mereka tak pergi lagi selepas 41 tahun??

Mari kita belajar sejarah sekejap ye.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entry kali ini bukan nak menyinggung sesiapa, tapi aku rasa mungkin dah sampai masanya kita perbetulkan sedikit minda-minda orang-orang kita yang selalu menganggap 'lady driver' ni sebenarnya tak pandai memandu! 

Kalau ditanya "adakah orang perempuan ni pemandu yang teruk?" orang lelaki akan kata 'Ya". Kalau ditanya soalan yang sama pada orang perempuan, mereka pulak akan kata lelaki adalah pemandu yang teruk. Sehinggakan  dah ada pages khas anti lady driver di Facebook. Tak patut betul!
(klik untuk tumbesaran)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun 2010 ni dah nak hampir tiba ke penghujungnya, lepas bulan Disember 2010 ni nanti kita akan terima tahun 2011 pulak. Sepanjang tahun ini jugaklah banyak perkara menarik yang aku dah jumpa dalam blog-blog di Malaysia ni. Daripada entry yang panjang berjela-jela sampailah entry yang 2-3 baris aje! Ada yang buat entry pasal lawak, pasal politik, pasal hiburan tanah air dan yang paling best sekali pasal peraduan!
Aku tak pernah pun try mana-mana pertandingan yang wujud kat blog-blog ni, sebab aku tak berapa paham sebenarnya. Ada yang buat pertandingan cipta header, pertandingan lirik lagu, tapi aku amat tertarik bila terbaca pertandingan show off desktop daripada Anwarosman.com ni. Niat untuk menang pertandingan ni jauh sekali, sekadar cuma untuk memeriahkan majlis saja ni!

Salam sejahtera semua.

Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar islam 1431 Hijrah. Esok masuklah hari yang baru untuk Tahun Baru 1432 Hijrah iaitu bermula dengan 1 Muharram. Aku bersyukur sebab masih dapat bernafas sehingga ke hari ini. Aku gunakan takwim daripada laman web JAKIM untuk kalendar Islam 1432 ni sebagai rujukan untuk semua dan juga untuk aku sendiri.

Sekumpulan student daripada Universiti New York telah ditahan oleh pihak berkuasa diatas tuduhan menggodam dan mencuri 35 ribu US dollar untuk geng jenayah siber iaitu Eastern European ZBot.

Yang menariknya salah seorang penggodam tersebut layak diberikan sedikit perhatian bukan kerana skill menggodamnya tetapi kerana kecantikannya!. Nama beliau adalah Kristina Svechinskay.