Hoben Jang Hoben

, ,
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011. Tahniah pada semua pemain dan juga kepada semua penyokong-penyokong pasukan Hoben Jang Hoben ni. Ramai juga member-member aku yang sokong pasukan Negeri Sembilan ni terutamanya selepas team Selangor kalah dengan Terengganu.

gambar ni den minjam kat internet, ntah sapo tuan eh den tak tau la.
Team N9 menang ke atas Terengganu dengan jaringan 2-1, manakala kebetulan ada game EPL sedang berlangsung iaitu di antara Arsenal VS Chelsea pada waktu yang sama juga. Keputusannya Arsenal menang besar 5-3 ke atas Chelsea. Malam ni memang malam yang cukup happy buat aku. :)

Jom kita design hadiah sendiri
 
Aku rasalah, salah satu sebab kenapa pasukan Negeri Sembilan ni menang adalah kerana tahap ke'sempoi'an lagu Hoben Jang Hoben diorang ni. Pernah dengar tak? Nah layan.



Bagi pasukan Terengganu jangan putus asa ye, cuba lagi tahun depan. Jangan biarkan penyu menangis lagi ye. Good Luck.