Semenjak video mangsa buli iaitu Casey Heynes melawan semula pembulinya Ritchard Gale tersebar di internet, dia kini mula dikenali ramai. Malah ada yang menggelarnya sebagai 'HERO' dan ramai juga yang telah menyokong tindakannya yang betul-betul di luar jangkaan tersebut. Video tersebut sudah dikeluarkan daripada Youtube tetapi masih boleh dijumpai di laman web yang lain.
Casey Heynes hanyalah pelajar biasa yang berusia 16 tahun yang bersekolah di Sydney Australia, sama seperti mana-mana budak sekolah yang kerap dibuli, Casey juga tidak terlepas daripada dibuli kerana dia adalah seorang yang gemuk.

