Teruk Sangat ke Lady Driver ni?

, ,
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entry kali ini bukan nak menyinggung sesiapa, tapi aku rasa mungkin dah sampai masanya kita perbetulkan sedikit minda-minda orang-orang kita yang selalu menganggap 'lady driver' ni sebenarnya tak pandai memandu! 

Kalau ditanya "adakah orang perempuan ni pemandu yang teruk?" orang lelaki akan kata 'Ya". Kalau ditanya soalan yang sama pada orang perempuan, mereka pulak akan kata lelaki adalah pemandu yang teruk. Sehinggakan  dah ada pages khas anti lady driver di Facebook. Tak patut betul!
(klik untuk tumbesaran)
Walaupun secara statistik kasarnya lelaki lebih kerap menjadi punca kepada banyak kemalangan maut, kita lebih cenderung menunding jari kepada perempuan sebagai pemandu yang lembap, slow, cuai dan tidak alert. Dengan kadar kemalangan yang lebih tinggi kepada lelaki iaitu 77% berbanding wanita,

Merujuk kepada laman web LoveToKnow, lelaki sebenarnya adalah pemandu yang lebih teruk berbanding wanita. 
There are the skeptics who point out that a man and a woman have different hormones, hence making the man a better driver. A male driver is thought to have better reaction time because his brain works differently. But what these skeptics forget is that men drive faster, are more likely to break driving laws, and are more aggressive on the highway
Aku sendiri pun masih lagi menuduh wanita sebagai pemandu yang tidak bagus! Aku tak kata mereka ni teruk cuma kekadang teknik pemanduan mereka lemah. Apa yang aku selalu observe:
  1. Memandu di lorong tengah (highway 3 lane) walaupun lane paling kiri kosong.
  2. Lepas bagi signal untuk tukar laluan, terus masuk lane lain tanpa tengok kereta belakang.
  3. Bila masuk simpang selalu 'makan jalan' lain.
  4. Ambil masa lamaaaaaaaa untuk letak kereta di parking lot kat pasaraya.
  5. Bila panik, terus lepas stereng!
p/s: Maaf pada semua lady driver, bukan niat nak mengata cuma nak buat pengajaran pada semua.