Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.
Mesti korang semua kenal dengan Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan hasil usaha NASA dan kerajaan Amerika . Ye ke bulan? atau cuma set lakonan di Padang Pasir Nevada? Aku tak berapa nak percaya cerita daripada NASA ni sebenarnya. Kalau mereka pernah pergi ke bulan suatu masa dahulu, kenapa mereka tak pergi lagi selepas 41 tahun??
Mari kita belajar sejarah sekejap ye.
Pada masa itu Soviet Union telah mendahului Amerika dari segi persiapan dan teknologinya dalam perlumbaan menuju ke bulan. Tambahan pula Soviet Union merupakan negara pertama yang telah menghantar lelaki pertama ke angkasa lepas pada 1961 dan perempuan pertama ke angkasa lepas pada 1963.Mereka jugalah manusia yang pertama mengorbit bumi.
Kerajaan Amerika terpaksa berbuat sesuatu kerana Presiden Amerika pada masa itu adalah Kennedy yang telah berjanji untuk menghantar manusia pertama ke bulan pada penghujung 1960-an. Ramai yang mengetahui bahawa pada masa itu teknologi sedia ada tidak mencukupi untuk membawa mereka ke bulan.
Antara alasan yang dipercayai punca Amerika memalsukan pendaratan di bulan:
- Distraction: Untuk mengalih perhatian dunia daripada isu mereka pada masa itu iaitu PERANG VIETNAM.
- Memalsukan pendaratan dibulan lebih murah berbanding dengan usaha sebenar oleh pihak NASA, so mereka boleh menjimatkan banyak wang negara disamping dapat mengatasi Soviet Union dalam perlumbaan ke bulan ini.
- Pendaratan ke bulan pasti akan gagal jika menggunakan teknologi pada masa itu.
Gambar-gambar yang diberi oleh NASA, dan rakaman filemnya berkaitan pendaratan di bulan telah menimbulkan keraguan banyak pihak. Disini cuma beberapa keping yang sempat diupload.
Untuk gambar dan video seterusnya boleh dapatkan informasi asal daripada APFN.
Mereka sangat hebat hingga boleh pergi ke bulan, tapi masih tak dapat tangkap Osama Laden! Apa daa..
p/s: jom pi matahari waktu malam nak?