Entri kali ini aku nak bagitau pasal superhero yang agak istimewa.

Tak ramai yang kenal siapa Sooraya Qadir, tapi bagi peminat tegar Marvel Comics mesti dah tahu siapa kah gadis yang mempunyai nama ala-ala wanita melayu terakhir ini.

Dikenali sebagai DUST

Sooraya adalah satu lagi watak superhero yang diwujudkan bagi memeriahkan dunia superhero Marvel. Apa yang menarik bagi watak Sooraya ini? Dia adalah satu-satunya watak superhero dalam Marvel ni yang beragama Islam. :)

Sooraya atau lebih dikenali sebagai DUST adalah warga Afghanistan yang telah dijual sebagai hamba telah direkrut oleh otai Marvel tersohor, siapa lagi kalau bukan Wolverine! Perghhhh.
Akhirnya apa yang digembar-gemburkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Friendster yang dahulunya merupakan salah satu portal 'social networking' yang popular kini telah di'transform'kan menjadi sebuah laman web @ portal permainan secara online. Jangan terkejutlah ye, kerana pada pandangan aku, apa yang aku nampak dan perhatikan transformasi ini adalah satu-satunya langkah menyelamatkan Friendster daripada ditenggelamkan oleh Facebook. Langkah ini juga bermakna, Friendster bukan lagi seperti yang kita kenal dahulu. :(