Siapa Sooraya Qadir?

, ,
Entri kali ini aku nak bagitau pasal superhero yang agak istimewa.

Tak ramai yang kenal siapa Sooraya Qadir, tapi bagi peminat tegar Marvel Comics mesti dah tahu siapa kah gadis yang mempunyai nama ala-ala wanita melayu terakhir ini.

Dikenali sebagai DUST

Sooraya adalah satu lagi watak superhero yang diwujudkan bagi memeriahkan dunia superhero Marvel. Apa yang menarik bagi watak Sooraya ini? Dia adalah satu-satunya watak superhero dalam Marvel ni yang beragama Islam. :)

Sooraya atau lebih dikenali sebagai DUST adalah warga Afghanistan yang telah dijual sebagai hamba telah direkrut oleh otai Marvel tersohor, siapa lagi kalau bukan Wolverine! Perghhhh.
DUST ni sekarang adalah penuntut di Xavier Institut (sekolah bagi penuntut yang mempunyai kuasa mutant). Dia dipanggil DUST kerana 'power' dia yang sangatlah cool. Dia boleh mentransformkan dirinya menjadi ribut pasir, dan kerana itulah dia dipanggil DUST.


Kemunculan pertama dia adalah melalui komik New X-Men #133 pada tahun 2002. Dah lama rupanya dia ni muncul, cuma dia belum lagi menjadi watak utama dalam mana-mana komik Marvel.

Sooraya ini juga ditampilkan sebagai seorang yang sentiasa menutup aurat dan sentiasa memakai burqa, dan tidak pernah menunjukkan mukanya selain kedua matanya serta tangannya sahaja. Boleh kata Marvel cuba menarik pembaca komik yang dikalangan pembaca yang beragama Islam dengan wujudnya watak sebegini. At least mereka tahu menjaga hati warga Islam terutamanya kaum perempuan dengan pemakaian burqa macam ni.



Kalau rasa-rasa nak baca dengan lebih detail, boleh baca disini ~Sooraya Qadir - DUST~