Silap letak iklan

, , 1 comment

Rasa macam tak kena aje bila aku tengok blog aku yang separuh siap ni. Selepas dibelek-belek rupanya barulah aku perasan yang iklan Nuffnang yang dipasang tu rupanya tak cukup sifat!


Patutnya, aku letakkan iklan yang di sidebar tu kat area paling atas sekali, sedangkan aku terpaste kat tengah-tengah sidebar tu. Patutlah terasa seperti tak kene aje lah! Aku terperasan kesilapan ini bila aku membaca tips-tips daripada blogger yang menerangkan cara-cara yang betul memasang iklan Nuffnang ni.

Jujur aku bagitahu yang earning aku di Nuffnang ni tak bergerak pun sejak 2-3 bulan lepas. Bayangkanlah selepas berdozen-dozen entry yang aku buat di blog aku yang lagi satu tu, jumlahnya masih statik je tak naik-naik pun (adalah dalam 30sen je). Tapi tak mengapalah, bersabarlah dan usaha lagi, dan lagi, dan lagi.

Oh ye, lagi satu tips yang aku perolehi adalah jangan lupa untuk letakkan ketiga-tiga iklan yang disediakan tu supaya peluang untuk menaikkan earning tu tinggi. Tapi kan, kalau traffik slow @ takde langsung jawabnya memang patutlah duit terkumpul tu tak naik-naik. Siapa yang tak jeles tengok cek yang blogger-blogger ni tunjukkan dalam blog masing-masing tu, 2-3 ratus tu nampak macam senang-senang je. Tapi usaha nak dapatkan tu memang tak terkatalah kan. Kalau penulis kecil-kecilan macam aku ni nampaknya kena usaha 100 kali ganda la ye.

p/s: apalah yang kurang dalam penulisan aku ni agaknye ye?

1 comment:

  1. me too!
    jelesh tengok blogger lain, kejap jek dpt banyakk.aku??

    haihhh, takper bersbr!
    lagik pon blogging suka2 nak expect aper lagik kan? hee

    ReplyDelete