Laptop sebenarnya berbahaya kepada lelaki.

, ,
Ramai di antara kita yang mempunyai laptop, malahan pada masa kini laptop boleh mudah didapati dengan harga yang murah.Penggunaannya yang sangat 'mobile' merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan 'desktop'. Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility:


1. Kajian dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas lutut (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, malangnya pengguna tersebut masih belum dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan. Oh ye, apakah itu skrotum?

'Skrotum adalah organ/bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma. '
2. Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum  walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan sperma-sperma. 

3. Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan 'pad' ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu mengurangkan kepanasan ini. 
4. Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mengelakkan risiko masalah pembentukan sperma pada diri sendiri, dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

sumber daripada MSNBC