Sekarang ini bertambahlah lagi satu siaran percuma di Malaysia ni. TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif. Wah, nampaknya makin menarik lah perkembangan siaran kat tv kita sekarang ni.
Yang perlu kita tahu:1. Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.
3. Sila lawati laman web rasmi TV Alhijrah. TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM.
4. Taglinenya adalah 'SEGALANYA BERMULA DISNI".
5. Siaran ujian bermula 1 Nov 2010, dan akan beroperasi secara rasmi pada 1 Dis 2010.
Mungkin ada kekurangan bagi stesen baru ini, tetapi tak mengapa sebab diorang pun macam budak baru belajar jugak. Jadi, bersamalah kita support stesen TV Alhijrah ini ye.
p/s: takde promosi ke daripada stesen tv yang lain?