Pejabat Facebook

, ,
Memang berlainan sungguh suasana persekitaran kalau kerja di pejabat Facebook  ni. Ini kerana sebelum ini pejabat Facebook adalah terdiri daripada beberapa pejabat-pejabat kecil di merata-rata kawasan California. Dan kesemua pejabat ini telah disatukan menjadi satu sentral yang mempunyai keluasan bangunan seluas 150 000 kaki persegi. Memang kreatif diorang ni, best giler kalau aku dapat kerja kat sini!


Ruang tersebut telah direkacipta oleh studio o+a yang telah membuat survey di kalangan pekerja-pekerja di syarikat Facebook untuk mengetahui apa yang mereka perlukan dan apa yang diperlukan mereka untuk meingkatkan mutu dan kualiti kerja.







Yang menariknya, design yang direka ini adalah hasil kolaborasi pekerja-pekerja Facebook dan designers untuk keseluruhan projek ini. Dan bagi menggalakkan persekitaran kerja yang sentiasa meriah, pekerja-pekerja ini digalakkan menyusun peralatan pejabat mengikut suka hati sendiri dan digalakkan membawa dari rumah perhiasan  pejabat sendiri agar suasana sekeliling sesuai dengan kehendak mereka.

p/s: ada kot syarikat yang pentingkan pekerja tahap macam ni kat Malaysia?