Ada perubahan di Facebook, Tak Perasan ke?

, ,
Bagi penggemar-penggemar Facebook yang tegar macam aku ni, mesti akan perasan ada perubahan yang berlaku kat pages FB ni. Mula-mula aku ingatkan hanya aku yang nampak, rupa-rupanya dah menjadi isu global perkara ini. Perkara yang aku rasa remeh ni telah dihangatkan oleh ramai pengguna FB di Twitter.

Saiz font dah kecik!! Tujuan font ini dikecilkan mungkin aku rasa supaya banyak perkara yang boleh dimuatkan di ruangan 'news feed' tu. Selepas di google kat beberapa web yang famous, rupanya tekaan aku itu tepat sekali. Memang font kat dalam FB ni dah dikecilkan daripada 13px kepada 11px. 

Sudahlah FB ni memang terkenal dengan membuat perubahan mendadak yang ramai tak suka. Ditambah pula dengan perubahan saiz font ni, pasti akan meng-hangin-kan tahap ke-fed-up-an pengguna-pengguna FB ini.

Walau apa pun, perkara ini bukanlah menjadi hal yang besar sangat pun. Bagi yang tak boleh terima baca tulisan kat wall FB ni, korang still bole besarkan zoomkan page tu. 
Cuma tekan butang "control" dan butang "+" di keyboard akan menambah zomm di dalam page itu — termasuklah di semua page yang ada.  Untuk zoom out cuma tekan butang"control" dan butang "-".

p/s: dahla skrin lappy aku ni cuma 12 inci je, layan fb pun dah mcm surf kat henset je.