Terima Kasih Telekom Malaysia Sebab Bagi Cek

, ,
Sebelum bulan puasa yang lepas, aku telah pergi ke kiosk Telekom Malaysia untuk tujuan penamatan perkhidmatan sambungan telefon kat rumah. Masa tengah tunggu nak buat urusan tu, aku baru teringat yang kalau kita nak tamatkan talian telefon ni elok kita pulangkan sekali set telefon yang dibekalkan masa mula-mula kita daftar dahulu. Ini kerana mereka akan pulangkan kembali deposit yang dibuat masa ambil telefon ni dulu.

Oleh kerana telefon tu pun dah lama jahanam, maka aku buat keputusan untuk hanguskan saja deposit yang aku bagi mula-mula dulu. Tujuan aku nak tamatkan talian ni sebenarnya sebab aku jarang sangat gunakannya. Banyak masa aku gunakan telefon bimbit je.


Tapi, sebelum kita boleh tamatkan talian tu kita kena pastikan semua bil-bil telefon tu mestilah diselesaikan terlebih dahulu. Lepas aku settlekan bil telefon tu aku pun proceed lah dengan penamatan talian telefon ni.

Kemudiannya, selepas 2 bulan aku tamatkan talian telefon ni aku terima surat daripada TELEKOM MALAYSIA BERHAD. Dalam surat tu pulak disertakan cek! Rupa-rupanya alasan yang aku beri masa mereka minta semula set telefon tu diterima. Alasannya berbunyi begini:

Akak Kaunter TM: Encik, ada bawa set telefon asal tak?
Aku : Kenapa?
Akak Kaunter TM : Oh, kalau nak tamatkan talian ni, telefon lama tu kena pulang balik kat kami.
Aku : Oh ye ke. Maaflah sebab telefon tu dah lama rosak sebab kena banjir 2-3 tahun lepas. Saya dah tak guna pun telefon tu sekarang ni sebab saya guna model lain.
Akak Kaunter TM : Hmm.. oklah takpe..
Aku : :)

Siapa sangka, jawapan jujur aku yang agak kelakar tu rupanya diterima mereka. Alhamdulillah sebab dapat balik duit deposit aku. Terima kasih Telekom Malaysia, siapa kata mereka tak buat keje?

p/s: cakap jujur, Tuhan suka.