Masalah penyakit demam denggi adalah berpunca daripada nyamuk. Jadi marilah kita bersama bertampar-tamparan membunuh nyamuk. Tapi, lepas ini kerja kita jadi mudah sedikit lah, sebabnya dah ada usaha untuk membendung masalah nyamuk aedes ni. Kalau nak tampar semua nyamuk sampai mati, nampak sangat lah tak logik. So, kita gunakan nyamuk mutant (aku tak suka guna nama nyamuk genetik).
Nyamuk genetik |
1. Nyamuk genetik ini yang sedang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi mengawal wabak denggi dijangka dilepaskan untuk kajian selama sebulan di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka pada Disember ini.
2. Pelepasan yang akan dibuat berperingkat itu melibatkan 4,000 hingga 6,000 ekor nyamuk genetik bersama-sama nyamuk aedes jantan liar.
3. Tujuan utama pelepasan nyamuk mutant ini adalah sebagai kajian untuk melihat sama ada nyamuk itu boleh hidup dalam persekitaran semulajadi atau tidak dan sejauh manakah ia boleh terbang.
4. Hanya nyamuk jantan sahaja yang dilepaskan dan ia tidak menghisap darah atau membawa virus denggi. Nyamuk betina saja yang hisap darah manusia ni, sebab tu lah lepas kena gigit kita pun 'GATAL'. :)
5. Seandainya projek nyamuk mutant ini berjaya maka ini bermakna proses pelepasan yang hanya mengandungi nyamuk jantan yang membawa gen 'pembunuh' ini akan dibiarkan mengawan dengan nyamuk betina liar sehingga menyebabkan kematian progeni atau keturunan bagi kedua-dua jenis nyamuk itu.
Tak lama lagi pupus la nyamuk kat Malaysia ni kot?
Sumber daripada Utusan Online.
p/s: satu cara nak kurangkan nyamuk adalah dengan membela.pepatung.