Pada tahun 2002 laman web Friendster telah diwujudkan. Pada zaman itu sebelum kewujudan Facebook dan Myspace ianya merupakan salah satu fenomena sosial networking yang sangat gah di internet. Popularitinya menarik pengunjung sehingga berpuluh-puluh juta pengguna sepanjang tahun. Sayangnya perkembangannya cuma setakat itu, tiada 'X' faktor yang membolehkannya bertahan lama yang sepatutnya mereka kecapi sepertimana Facebook pada hari ini.
Sejarahnya, pada tahun 2009 sebuah syarikat daripada Malaysia iaitu MOL Global telah membeli Friendster dengan anggaran nilai sebanyak $40 juta dollar.
Terkini, Friendster telah memaklumkan bahawa bermula 31 Mei ini mereka akan memformat semula sistem Friendster ini secara total. Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pengguna Friendster ini untuk mengadaptasi perubahan ini.
Pertama, pengguna-pengguna ini perlu meng'install' satu aplikasi khas yang bertujuan untuk menyimpan kesemua data profil mereka menggunakan 'Friendster Exporter' kerana kesemua data ini akan lupus sepenuhnya pada 31 Mei ini.
Antara perkara-perkara yang bakal lupus jika tidak dieksport adalah seperti senarai kawan-kawan, gambar-gambar, mesej-mesej, komen-komen, 'groups' dan banyak lagi. Walaupun begitu, akaun pengguna tidak akan terjejas dan informasi asas masih ada didalamnya.
Minggu lepas CEO Friendster iaitu Ganesh Kumar memaklumkan:
'Friendster will be repositioned as a social ENTERTAINMENT site for people to play games and music, and that it will leverage Facebook Connect.'
Secara jujur aku rasakan bahawa kebanyakan sosial networking di dunia ini seperti sedang dilupakan secara perlahan-lahan kerana dominasi yang sangat dahsyat oleh Facebook.
Kesimpulannya bermula Mei depan, Friendster yang kita kenali akan berubah tidak seperti dulu lagi. Semoga berjaya Friendster!