Semenjak video mangsa buli iaitu Casey Heynes melawan semula pembulinya Ritchard Gale tersebar di internet, dia kini mula dikenali ramai. Malah ada yang menggelarnya sebagai 'HERO' dan ramai juga yang telah menyokong tindakannya yang betul-betul di luar jangkaan tersebut. Video tersebut sudah dikeluarkan daripada Youtube tetapi masih boleh dijumpai di laman web yang lain.
Casey Heynes hanyalah pelajar biasa yang berusia 16 tahun yang bersekolah di Sydney Australia, sama seperti mana-mana budak sekolah yang kerap dibuli, Casey juga tidak terlepas daripada dibuli kerana dia adalah seorang yang gemuk.
Yang menariknya, ketika sedang dibuli dan ditumbuk-tumbuk oleh Gale, Casey secara tiba-tiba habis sabarnya dan terus 'meletup'. Malang buat Gale yang dihempas ke lantai akibat kebodohannya membuli Casey yang terang-terangan bersaiz 2 kali ganda daripada dia. Akibat hentaman yang kuat, Gale terhencot-hencot seketika dan Casey terus meninggalkan tempat tersebut.
'i can smack you in the face' |
'but i can bodyslams you on the floor! LOL |
Sayangnya kedua-dua mereka digantung sekolah selama empat hari. Walapun pada pendapat aku Casey cuma mempertahankan dirinya daripada terus menerima tumbukan-tumbukan daripada Gale. Takkan kita nak berdiam diri sahaja kan? Tak lama kemudian wujud satu 'Page' di Facebook yang memberikan sokongan atas semua tindakan Casey itu. Setakat ini sudah ada 230,00 yang 'like' page ini.
Walau apa pun, aku tetap menyokong tindakan Casey tersebut kerana ia menunjukkan bahawa kita sepatutnya tidak mengalah kepada mana-mana pembuli dan juga membuktikan perbuatan buli pasti akan membahayakan kesihatan. Saksikan video penuh di SINI.
Jangan jadi pembuli. Tak elok.