Blogger Kecik, Blogger Besar

, ,
Salam sejahtera buat semua.

Sejak aku masuk ke dunia blogging ni, dah macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Aku pernah jumpa blog yang sangat best dan ada yang sangat hampeh. 

Aku akui yang aku mempunyai blog kecil yang kehadirannya tiada memberi impak langsung pada dunia blogger. Kalau dibandingkan dengan beberapa nama besar blogger kat Malaysia ni memang jauh taraf aku dengan diorang. Dah macam filem Antara 2 Darjat dah ni.

Tapi itu bukanlah tujuan aku untuk jadi blogger famous macam diorang semua tu. Aku cuma berminat nak merasai keseronokan berblogging ni saje. Seronok rasanya bila dapat luahkan isi hati sanubari (ceh konon) tanpa sebarang halangan melalui penulisan blog. Apatah lagi bila baca blog mereka-mereka yang sangat la menarik penulisannya. Takde bunga-bunga yang memeningkan kepala mahupun terlalu formal. Contohnya daripada cerita-cerita becirikan kekeluargaan yang sangat telus daripada makcik dan juga seorang ibu di Kujie2.com sehinggalah kepada cerita dunia yang sangat annoyingly-funny daripada Blogserius. Ye, aku juga silent reader blog mereka.

blog makcik membebel
blog pakcik membebel

 Ditambah pula dengan susunatur laman blog mereka ini yang sangat simple, cepat untuk loading dan takde langsung iklan floating yang sangat la menyakitkan jiwa-raga kalau meneNGOKnya. Mereka juga kerap mengupdate entri masing-masing, memang tak bosan la kalau baca. Tips berguna yang selalu aku jumpa adalah:
pastikan loading time blog adalah paling minima. Pembaca blog tak suka menunggu lama!
 Blogger kecik macam aku ni taklah faham sangat nak utilise HTML mahupun godek2 design blog ni. Guna tema yang pre-installed udah le. So, kesimpulannya nasihat untuk blogger-blogger baru (macam aku) yang aku pernah baca kat Kujie2.com adalah:
bina reputasi blog dulu dan juga bina hubungan baik dengan blogger yang lain.
Okey, nasihat diterima. Entri kali ini agak bosan. 

Ye, aku tau.

Terima kasih kerana singgah dan baca.