Cerita kali ini sangat menarik dan tergerak hati saya untuk berkongsi dengan semua pembaca di luar sana. Kisah ini berkisar tentang seorang ayah bernama Philip yang kerisauan kerana anaknya Ted (4 tahun) yang kelihatan sangat tidak bermaya, ditambah pula dengan hidung berdarah, kesan ruam-ruam dan lebam-lebam yang muncul secara tiba-tiba.
Maka satu temujanji pun telah diaturkan untuk bertemu dengan doktor pada keesokan harinya. Namun pada malam sebelumnya muncul setompok bintik-bintik berwarna ungu di wajah anaknya, Si ayah iaitu Philip telah mengambil gambar anaknya dan meletakkannya di dalam Facebook untuk mendapatkan nasihat daripada rakannya Barton yang juga seorang doktor. Jawapannya sangatlah mendukacitakan.
Doktor Barton telah mengarahkan Philip membawa anaknya dengan segera pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana disyaki mempunyai simptom penyakit Acute lymphocytic leukemia. Tekaan Dr. Barton adalah tepat. Ted mengidap leukemia!
Dan kini Ted mengikuti rawatan kemoterapi setiap hari semenjak 3 bulan yang lepas. Ayahnya iaitu Philip telah membotakkan kepalanya bagi mengikuti nasib anaknya Ted yang turut kehilangan rambutnya kesan penyakit tersebut.
Berjasa juga Facebook ini kan? Cerita sepenuhnya ada sini. Lepas ini semasa kita asyik tengok gambar-gambar dalam Facebook ni mungkin kita juga boleh perhatikan kalau-kalau ada sesiapa yang mungkin ada simptom-simptom yang sama.
Berjasa juga Facebook ini kan? Cerita sepenuhnya ada sini. Lepas ini semasa kita asyik tengok gambar-gambar dalam Facebook ni mungkin kita juga boleh perhatikan kalau-kalau ada sesiapa yang mungkin ada simptom-simptom yang sama.