Penggemar Facebook mesti sudah biasa dengan butang 'LIKE" kan. Kebiasaannya pada majoriti laman web ada butang 'LIKE' ini. Tujuannya cuma satu iaitu untuk berkongsi maklumat tersebut dengan semua kawan-kawannya di Facebook. Tapi kini Facebook menyediakan pula butang 'SEND' pula. Fungsinya masih sama seperti butang 'LIKE' cuma melalui 'SEND' kita boleh memilih dengan siapa yang mahu kita berkongsi link tersebut.
Melalui 'SEND' penerima artikel adalah pilihan kita sendiri |
Menarik atau tidak?
CEO Mark Zuckerberg menggelarnya sebagai 'modern messaging system'. Sebabnya kerana aplikasi ini membenarkan penghantaran mesej yang mengandungi link bersaiz besar kepada penerima terpilih sahaja. Konsep yang sama seperti penggunaan emel yang biasa kita guna.
Sebagai contoh, kita terjumpa sebuah artikel berkaitan kesihatan yang menarik di laman web dan ingin berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan di Facebook. Tetapi sayangnya tidak semua rakan Facebook kita mempunyai minat yang sama. Jadi, melalui butang 'SEND' kita boleh pilih siapa yang akan menerima artikel memasak tadi. Faham?
Dan sekarang ini, pemilik laman-laman web pasti akan susah hati kerana kini mereka terpaksa mengintegrasikan pula aplikasi 'SEND' ini disamping aplikasi 'LIKE' yang sedia ada di web mereka sebelum ini.
sumber dari techcrunch.