Saya percaya memang ramai yang pernah buat benda ini. Buat apa ya? Mesti kalian pernah menggunakan search engine seperti Google ataupun Yahoo, kemudiannya mesti pernah tulis nama sendiri dan kemudian klik 'search' kan? :)
Jumpa tak nama masing-masing di internet?. Bangga tak?
Google nama blog sendiri |
Zaman sekarang ini, rasanya setiap nama orang kalau di'google'kan mesti ada keputusannya kan. Paling tidak pun, mesti nama dia tersenarai dalam pengguna laman web sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Sambunglah membaca ya.
Jangan cepat perasan lah ya, itu baru carian di muka pertama. Cuba google lagi di muka seterusnya. Tujuan utama adalah untuk kita tengok kalau-kalau ada orang yang memburuk-burukkan nama kita di internet. Manalah tahu kan?
Untung bagi blogger pula, kalau namanya sendiri digunakan sebagai alamat URLnya maka carian nama blogger tersebut yang pertama akan muncul di laman web berkemungkinan adalah url blog nya sendiri. Untung badan! sebab nama dia jadi sebutan ramai.
Bagi blog yang tidak menggunakan nama sendiri seperti saya iaitu 'seriouslybyme.blogspot.com', mungkin carian nama sebenar saya di enjin google tidak akan memberikan keputusan kepada blog ini. Rugi kan! Tidak juga sebab nama sebenar saya amat panjang dan selalu orang salah eja. :)Saya juga kurang gemar populariti.
Rupanya sudah ada terma bagi orang-orang yang suka google nama sendiri di internet ni. Mereka inilah yang digelarkan EGOSURFER!. Bukan ego yang bermaksud sombong tu ya. Maksud sebenar egosurfer adalah seperti berikut:
an egosurfer is one who surfs the Internet for his or her own name, to see what, if any, articles appear about himself or herself. It may also be used by professionals to reassure themselves no embarrassing information is readily available about themselves that could jeopardize a reputation.
Jadi, jangan lupa google nama sendiri di internet untuk pastikan tiada informasi yang mungkin boleh memburukkan kita terpampang di internet. Ataupun boleh tahu jika ada blog lain yang mengata-ngata kita. Peace!
p/s: terasa macam nak buang iklan dalam blog ni. Tapi bagi peluang sampai hujung Februari dulu!