Memilih Tajuk Entri Secara Automatik

, ,
Bagi mereka yang kerap menyediakan entri-entri di dalam blog masing-masing, mungkin ramai yang telah menghabiskan masa yang lama untuk mencari idea yang patut dimasukkan ke dalam entri tersebut, Kemudiannya, memikirkan pula apakah tajuk yang paling sesuai untuk entri tersebut. 

Ramai blogger yang terperangkap disini. Ramai yang memilih meletakkan tajuk yang bunyinya sangatlah membosankan. Bukan salah meletakkan tajuk sebegini, tetapi tajuk entri adalah ringkasan kepada isi kandungannya dan mendorong pembaca lain untuk terus membacanya. Tidak guna jika mempunyai isi kandungan yang sangat bagus tetapi jika pilihan tajuk yang dipilih membosankan, percayalah tiada siapa yang akan membacanya. Jadi ambillah masa sedikit untuk memilih tajuk yang betul-betul 'catchy' dan menarik pada pandangan pembaca lain.

Blog Title Post Generator


Jikalau kita merasakan seperti ketandusan idea untuk memilih tajuk entri yang sesuai, maka bolehlah mencuba 'Blog Title Post Generator' yang disediakan.

Kita cuma perlu meletakkan kata-kata kunci yang kita inginkan dan 'generator' ini akan mengeluarkan beberapa pilihan tajuk yang berkaitan dengan 'keywords' pilihan kita. Tetapi janganlah hairan sangat jika pilihan tajuk yang bakal dikeluarkan itu bunyinya macam agak kelakar sedikit kerana ianya hanya sebagai panduan sahaja, janganlah tiru bulat-bulat ye.

Semoga selepas ini trafik masuk ke blog  mencurah-curah, barulah seronok pengiklan meletakkan iklan di blog kita.