Traffik ke Al Jazeera naik Mendadak

, ,
Presiden Mesir Hosni Mubarak telah pun meletakkan jawatannya pada Jumaat 11 Februari 2011 yang lepas. Dan kuasa pemerintahan negara tersebut telah diletakkan di bawah pemerintahan tentera buat sementara waktu. Pengumuman ini dibuat oleh Omar Suleiman iaitu Timbalan Perdana Menteri beliau.

Tapi, berita ini semua orang sudah tahu! Walau bagaimana pun, tahukah kita bahawa sumber penyampaian maklumat penting ke seluruh dunia ini bukanlah lagi melalui CNN (Cable News Network). Tetapi ianya telah disampaikan melalui laman web Al Jazeera dalam versi Bahasa Inggeris.



Siaran Al Jazeera tidak dibekalkan di dalam siaran tv berbayar berkabel di Amerika Syarikat. Sebaliknya rakyat mereka hanya disuapkan dengan berita-berita yang direka-reka seperti  misi ke bulan, atau cerita yang telah diubahsuai dan diolah oleh CNN semata-mata untuk kepentingan negara-negara penyokong Israel ini. 

Tetapi pada hari peletakan jawatan Hosni Mubarak ini, ramai pengunjung internet telah melawat ke laman web Al Jazeera ini dan bukannya ke CNN untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan kesahihan berita tersebut. Jumlah pengunjung ke laman web ini telah naik mendadak daripada 50,000 secara harian  kepada 135, 371 pelawat (sempat di ambil snapshot). 

Traffik pengunjung di Al Jazeera
Selepas dibuat anggaran oleh pengendali laman web ini, mereka memaklumkan bahawa telah menerima lawatan melebihi 2 juta pelawat pada hari tersebut. Dan penyumbang terbesar traffik ke laman web ini adalah melalui Twitter dan bukannya Facebook!.

Kalaulah blog picisan kita ini mempunyai jumlah pengunjung yang ramai macam ini, mungkin tersenyum besarlah bagi mereka yang memasang iklan kan! 2 Juta pengunjung tu!

Maklumat ini telah disampaikan semula dalam bahasa Melayu daripada laman web Techcrunh. Ianya boleh dibaca di SINI.