Pernah pergi makan pizza di Pizza Hut tak? Pizza Hut ni adalah merupakan pelopor makan pizza di Malaysia ni selain daripada nama-nama besar yang lain macam Domino's Pizza tu.
Tapi walau sebagus mana pun prestasi Pizza Hut ni, banyak pengalaman sengal yang aku lalui semasa singgah makan pizza di sini. Especially kalau pergi makan pizza di Pizza Hut dalam Giant cawangan Bukit Tinggi Klang.
Pengalaman sengal yang paling kerap aku lalui ini adalah berkaitan dengan kekerapan sangat penghawa dinginnya rosak. Setiap kali aku datang mesti 'aircond'nya rosak. Aku tidak pastilah kalau betul-betul rosak atau sengaja pengurus ini tak mahu 'ON' kan aircond tu sebab customer tak ramai. Rugi lah agaknya kalau pasang penghawa dingin kalau pelanggan kosong kan! Kesudahannya aku dan famili dipelawa duduk di meja yang dekat dengan pintu restoran tu sebab boleh merasa kesejukan penghawa dingin dalam Giant itu sendiri. Ada kah patut begitu?
Pengalam sengal seterusnya semasa makan di Pizza Hut ni berlaku pada hujung minggu lepas. Seperti biasa, aku dan famili akan dapat meja yang dekat dengan pintu masuk restoran sebab 'aircond' rosak. Yang itu aku dah agak, so aku tidaklah kecewa sangat. Tetapi, apabila sedang menunggu makanan selepas 15 minit tempahan dibuat pelayan datang tu memaklumkan pada aku yang mainan untuk pakej kanak-kanak tu sudah habis! Biar betul Pizaa Hut ni! ramai sangat ke pelanggannya sampai habis semua mainan untuk kanak-kanak ni. Aku tak boleh terima alasan macam ni, pelayan ni memaklumkan yang mainan tu boleh ditukarkan dengan sup ayam sahaja. Adakah patut begitu?
Tidak cukup dengan masalah kehabisan mainan tadi, ada lagi satu penyakit sengal Pizza Hut cawangan Bukit Tinggi Klang terdedah. Kalau kita biasa singgah ke restoran ni biasanya atas meja pelanggan ni ada disediakan kertas-kertas yang mengandungi 'puzzle' dan 'paper games' untuk kanak-kanak seperti Sudoku, Huruf Tersembunyi, Cari Jalan Keluar dan sebagainya. Tetapi kali ini sempat aku ambil bukti bahawa mereka ini tak buat 'proper editing' pada permainan 'Sudoku' ni. Tengok sahaja dan buatlah andaian sendiri!
Adakah kamu semua nampak kesengalan di atas?