Cabaran Dari Wordpress Buat Blogger

, ,
Salam sejahtera.

Antara azam Tahun Baru 2011 bagi blogger di luar sana mungkinlah untuk menerbitkan entri di dalam blog mereka dengan lebih kerap. Tetapi harus diingat bahawa azam sahaja tanpa usaha tak menjanjikan apa-apa. Mungkin jumlah entri mereka selama ini tidak mencukupi kuota agaknya. Mungkin juga disebabkan oleh faktor cabaran mahu mengeluarkan entri yang berkualiti maka mereka ketandusan idea lantaran blog gagal diisi. 

Tapi kini, ada satu lagi cabaran yang sangat menarik anjuran daripada Wordpress sendiri. Cabaran ini ditujukan kepada para blogger yang menggunakan Wordpress sahaja dan ini bukanlah sebuah pertandingan!

Bagi blogger yang menggunakan Wordpress sebagai 'blogging platform' anda telah dicabar dengan cabaran yang diberikan seperti berikut:
  •   Post a Day 2011: Post something to your blog every single day through 2011
  •     Post a Week 2011: Post to your blog at least once a week through 2011
Bagi penulis blog personal dan juga penulis blog yang bukan professional pastinya sukar untuk sentiasa menyediakan entri setiap hari untuk sepanjang tahun. Disinilah cabarannya yang sebenar! 

Untuk menyertainya perkara berikut kenalah dipatuhi:
  1. Buat entri berkaitan penyertaan anda dalam cabaran ini.
  2. Guna tag postaday2011 atau postaweek2011 dalam entri anda.
  3. Subscribe Dailypost – via email atau via RSS. Only  then will you get reminders and inspiration every day.
Untuk lebih lanjut sila lawat DailyPost.