Susahnya hidup jadi Wayne Rooney

, , No Comments
Kesian jadi Wayne Rooney. Sebagai seorang pemain bola yang sangat berkemahiran dan terkenal pasti hidupnya dipenuhi dengan macam-macam ragam. Dari segi kehidupannya di atas padang ataupun diluar padang semuanya menjadi perhatian. Apatah lagi jika mereka adalah warga England. Mereka ini disanjung tinggi, sentiasa menjadi perhatian dan tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar, topik perbualan di laman web malah turut dikomersilkan sebagai model mana-mana produk. Ingat David Beckham?

Tapi Wayne Rooney bukanlah manusia yang sempurna, dia pun kalah juga dengan dugaan.  Dia juga pernah dijadikan sebagai 'role model yang tidak boleh diikuti' kerana perangainya diluar padang yang suka berjudi dan mempunyai hutang yang banyak. Contohnya, lagi dia seorang yang sangat hebat tetapi panas baran ketika di atas padang, dia sudah pun berkeluarga tapi masih main kayu tiga, dan dia berada di antara  kelab yang paling popular di dunia tapi masih mahu keluar. Kenapa?

Entah, aku bukannya penyokong kelab MU ni. Aku tak nak ambil tahu pun. Tapi yang menarik perhatian aku adalah keratan pernyataan berikut:

LONDON – Imej bintang Manchester United, Wayne Rooney semakin tercalar dan mungkin akan dibenci oleh penyokong setia Red Devils, selepas memaklumkan hasrat untuk meninggalkan pasukan itu, menurut laporan media Britain.
Pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan penyerang berusia 24 tahun itu mahu meninggalkan Old Trafford dalam satu sidang media kelmarin, yang mengejutkan banyak pihak.
Ferguson dengan jelas mengakui berasa dikhianati, berdasarkan reputasi Rooney sebelum ini, yang meletakkan kesetiaan kepada kelab melebihi wang.
“Rooney membuatkan United kini suram’. Siar tajuk utama akhbar The Sun, sementara akhbar Mirror melabelkan Rooney sebagai ‘Pengkhianat’.
“Bos Manchester United mencampakkan Rooney ke dalam mulut singa’’, menurut The Sun.
“Rooney kini adalah pemain mata duitan, yang akan hanya tertarik kepada kelab yang mempunyai kantung besar. Dia telah menghapuskan kepercayaan bahawa setiap penyerang perlu setia, dia beraksi dengan United tanpa sebarang makna”, menurut Guardian.
Guardian juga menambah ucapan Ferguson, yang menyifatkan `Rooney sebagai pemain yang tidak mendatangkan faedah kepada kepentingan United’.
Walau jahat mana pun si Rooney ini, macam ini ke cara kelab bola sepak terkemuka di dunia menguruskan isu pemain mereka sendiri. Mereka melabelkan Rooney sebagai pengkhianat hanya kerana niat pemain itu yang tidak mahu menyambung kontraknya di kelab tersebut. Mana tindakan professional mereka?

0 comments:

Post a Comment