Aku Tak Nak Add Kau Kat FB

, , No Comments
First entry is about FB.

Aku punya FB ada lah dekat 50 orang yang belum di luluskan untuk disenaraikan dalam 'friends' list. Bukannya aku ni sombong pun, cuma aku bukannya kenal mereka ni semua, cuma mereka ni bukanlah penting sangat pun dalam hidup aku. Aku pilih cuma mereka yang betul-betul kawan dan kaum keluarga terdekat sahaja. 

Sebab apa? sebabnya aku tak mahu wall FB aku penuh dengan korang punya keluhan, rintihan atau kegembiraan yang langsung takde kene mengena dengan aku. Biarlah orang kata aku ni tak tau jaga hati dan perasaan orang. Bayangkan secara tiba-tiba ada friends kita tu reply pada status kita sambil mengutuk-ngutuk pulak tu, korang tak hangin ke? Kalau takpun, maybe diorang ni tag nama kita kat picture diorang yang bukan-bukan. Ade yang tag kita dengan gambar duit la, barang-barang bisnes la, banyak lagi tu yang aku tak mampu nak tulis. Aku dah pernah remove membe sendiri yang rajin tag aku dengan iklan pinjaman bank. Ayoo.. aku ni nampak cam desperate sangat ke. :)

Anyway, aku tak perlukan jumlah friends yang ramai sampai beratus-ribu tu. For the time being friends aku baru 190 ajer. Itupun ade yang terlepas daripada tapisan keselamatan aku. :)


Mungkin korang gembira dengan jumlah friends yang ramai, tetapi bukan aku. Aku nak try kumpul  friends request ni biar sampai seratus!. Nanti bila dah tercapai akan aku maklum kelak ye. 

Salam.

p/s: ade ke Malaysian Book Of Record bole terima mende-mende camni ye..?

0 comments:

Post a Comment