Anak Felda jadi pembantu rumah?

, , No Comments
2 hari lepas timbul kisah yang membuatkan kawan aku ni melenting berasap sampai keluar asap kat telinga dia. Marah punya pasal la bila dia dapat tahu cerita Pengerusi Felda sendiri yang mencadangkan supaya anak-anak Felda ni bekerja sebagai pembantu rumah atau amah bagi menggantikan amah asing. Logik jugak la kalau dia tu marah, sebabnya dia tu pun anak Felda gak macam aku gak la. 

Tapi bagi aku no problem,la selagi gaji tu halal dan kerja tu sesuai dengan kelayakan diorang, aku tak nampak masalahnya. Hina sangat ke kerja pembantu rumah ni sampai tak layak untuk anak Felda ni ataupun mulia sangat anak Felda ni sampai tak layak kerja sebegini? 

Aku rasa aku tahu sebabnya, maybe disebabkan keterbiasaan mempunyai amah asing yang selalu diperkotak-katikkan dan juga diperbodoh-bodohkanlah maka mereka ni rasa takut kalau-kalau anak Felda ni jadi macam tu. Aku konfiden dengan alasan ini, (saya yakin betul, saya kunci LIRIK itu! :)

klik bagi besor!
Buat sahabat aku ni, bersabarlah ye. itu cadangan sahaja dan belum pun buat betul-betul lagi. Ini bukan masalah merendahkan martabat ke hape ke, ini cuma masalah ego yang tinggi tak hingat! Kalau time sembahyang dalam masjid tu ade ke special row untuk pembantu asing atau front row untuk orang-orang keje pejabat je?.. mana ade kan!

0 comments:

Post a Comment