Isnin ni kena cuti ke?

, , No Comments
Bagi yang masih belum tahu, hari Isnin 25 haribulan Okt ni adalah hari cuti umum bagi semua kakitangan kerajaan. Cuti? kenapa pula ada cuti umum? kenapa kami yang bekerja di KL ni tak tahu menahu pun. Ini agak mustahil, sebab selaku kakitangan kerajaan ni kami memang sentiasa up-to-date dengan segala perkembangan terkini contohnya tarikh gaji masuk, tarikh cuti umum, tarikh kenaikan gaji dan banyak lagi. Jadi cuti umum ni pasal apa pulak?
(pinjam myfitri.com)
Sebabnya cuti umum ini hanyalah untu kakitangan kerajaan yang bekerja di Negeri Pahang, macam aku ni lah! Cuti ini adalah dbersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang;  
Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah
yang jatuh pada hari Ahad bersamaan dengan 24 Okt 2010. Ini bermakna Isnin berikutnya adalah diiystiharkan cuti UMUM bagi Negeri Pahang sahaja. :)

Oleh yang sedemikian, patik selaku rakyat Pahang yang amat setia dengan ini mendoakan kesejahteraan Tuanku dan semoga Allah memberkati pemerintah berjiwa rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

p/s: cuti 3 hari ni tak kemana pun, gaji tak masuk lagi.

0 comments:

Post a Comment