Ramai di antara kita yang menggunakan khidmat jalur lebar, dan mungkin ramai juga daripadanya memilih CELCOM sebagai penyedia servisnya. Dan masih ramai yang mungkin belum jelas akan terma dan syarat yang dikenakan kepada para pengguna seperti saya ini. Oleh itu, Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat-maklumat yang terkandung di dalam polisi penggunaan khidmat jalur lebar daripada Celcom ini.
Mana satu pakej yang kita pakai? Volume allocation itu adalah had penggunaan bagi pakej yang kita ambil. Kalau penggunaan kita dah melebihi had yang ditetapkan, maka pihak Celcom berhak mengawal kelajuan servis jalur lebar yang kita gunakan. Dalam ertikata lain 'line jadi lembap macam gaban'. Nak tau kenapa cepat abis? sebabnya adalah apabila menggunakan aktiviti seperti muat turun melalui 'torrent' ataupun khidmat perkongsian fail yang biasanya menggunakan saiz yang amat besar, justeru menggunakan 'allocation' yang ditetapkan seperti di dalam pakej. Bagi yang biasa 'download' movie-movie pasti tau saiz bagi sesebuah filem yang biasanya di antara 700M hingga 1G. Itu baru satu filem, kalau 5 filem?
Jadi sebelum kita memaki hamun pihak Celcom di atas kebodohan diri sendiri, eloklah kita membuat sedikit 'research' ataupun bertanya pada pihak yang lebih arif berkaitan hal ini. Bagi pengguna pembekal jalur lebar yang lain daripada Celcom sila abaikan pesanan khidmat masyarakat ini. Anda pastinya sedang menggunakan khidmat 'broadband' daripada syarikat yang lebih memuaskan hati kan?
p/s: jangan risau, sebab bila masuk bulan baru diorang reset balik sistem dan korang lanyak balik la!
0 comments:
Post a Comment