Jangan Sokong Kalau Bawa Rebah

, ,
Minggu lepas memang agak panas buat negara kita, kerana kita telah diserang oleh 'anonymous'. Mereka ini telah menyerang dan menggodam kebanyakan daripada lama web utama kerajaan. Dan kebanyakan laman web ini tidak dapat diakses buat sementara waktu. Serangan pihak 'anonymous' ini telah pun dapat dipatahkan, tetapi kerosakannya tetap besar. Aku tak mahu mengatakan yang pihak 'anonymous' ini hebat, tetapi apa yang mereka ini boleh buat membuka mata kita sebenarnya akan tahap kemampuan pihak negara kita terhadap serangan daripada penggodam-penggodam sebegini.



Pandangan aku berkenaan serangan 'anon' terhadap negara kita:
  1. Kerajaan perlu lebih bersedia dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman penggodam-penggodam. Ini betul-betul bukan COBAAN!
  2. Sistem pertahanan keselamatan siber kita yang masih lemah menunjukkan tahap keupayaan sistem kita di mata dunia. Ini baru sekadar 'anon' yang menyerang laman web, belum lagi pihak yang betul-betul mahu menjatuhkan negara kita. Dibuatnya mereka godam sistem perbankan negara kita, tak ke haru!
  3. Ramai lagi antara rakyat Malaysia yang tak faham kenapa pihak kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail tersebut.
  4. Ramai juga yang menyokong tindakan pihak 'anon' ini. 
Aku sedih bila membaca banyak komen yang menyokong tak tentu pasal berkaitan tindakan 'anon' ini. Tak siapa pun tahu siapa 'anonymous' ini. Mereka ini boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Boleh jadi mereka ini juga sindiket Israel yang bertujuan jahat terhadap negara kita. Tak siapa boleh nafikan, kerana tiada siapa yg boleh mengiyakan maklumat tersebut.


Malah Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia telah mengesahkan HANYA 10 sahaja laman web perkongsian fail yang disekat. Ini bermakna banyak lagi laman web yang sebenarnya masih boleh diakses oleh orang ramai. 

'The initial blocking of the ten websites was to prevent people in the entertainment and software industries from losing a big chunk of their revenue to piracy' . Bagi yang fanatik download movies atau lagu-lagu tanpa bayar apa-apa royalti pun pada pemilik asal adalah dikira mencuri. Salahkah pihak kerajaan menghalang pencurian?

Kepada para haters, jangan jadi bebal, beratus lagi laman web yang ada khidmat perkongsian fail ini. Kalau sekadar kita guna pun hanya untuk download 'whatever' fail secara PERCUMA, tak payahlah nak bising macam hilang negara. Nak aku sebut laman web yang lain ke?. tak perlulah kan, sebab yang dungu sahaja tak tahu mana nak cari!

Bagi yang masih tak boleh terima hakikat yang berlaku, cuba fahami polisi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
'we are free, we wont censor unless you breach the law'
Buat 'anonymous' ini pula, niat sebenar mereka bukanlah sesuatu yang sangat jahat. Mereka sekadar memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia sahaja. Tetapi niat sahaja tidak menghalalkan cara. Ingatlah semua, mereka bukannya Robin Hood, jadi jangan sokong tak tentu pasal.