Laman web Kerajaan Malaysia www.malaysia.gov.my bakal dijajah oleh penggodam yang digelar diri mereka 'Anonymous'. Mereka cadang nak godam laman web tersebut pada hari esok pada jam 3.00 pagi Khamis. Aku confirm ramai yang tengah tidur lena waktu peperangan ni berlaku. Mereka menggelarkan jajahan ini dengan nama 'Operation Malaysia'.
Woohoo....
Katanya, mereka semua ni tak puas hati dengan tindakan pihak kerajaan yang menyekat beberapa laman web kongsian-fail 'file-sharing' beberapa hari yang lepas dan juga terhadap polisi pihak kerajaan terhadap 'censorship'.
Mereka juga kata bahawa kerajaan Malaysia telah menyekat hak kebebasan manusia. Malah mereka juga ada meletakkan video amaran akan tindakan pencerobohan ini di Youtube. Aku tak sempat tengok, sebab video tersebut sudah pun dipadamkan oleh pihak Youtube sendiri kerana melanggar polisi mereka.
Aku yakin Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pasti sudah berada dalam tahap PANIK yang sangat ekstrem di waktu ini. Sudah pasti semua pakar-pakar IT yang dikenalnya sudah diarahkan untuk menolong mengatasi masalah yang belum lagi berlaku ini. Rais yatim juga ada menjelaskan bahawa penggodam ini tidak faham tujuan asal sekatan ini dibuat iaitu menyekat jenayah siber yang semakin berleluasa.
Ini juga peluang menguji tahap keupayaan pakar-pakar IT kerajaan kita dalam mengatasi krisis-krisis sebegini. Aku juga nak tau tahap kehebatan pakar-pakat IT diorang ni. Kita tunggu ajelah berita kat tv nanti ye.
Ramai juga yang menyokong tindakan penggodam ini.
Ingatlah ye, menyokong membawa rebah itu BERDOSA. Walaupun sekadar memberi kata-kata sokongan di Youtube dan juga di blog-blog yang anti-kerajaan ni, dosanya tetap sama ye.