Friendster Berubah Menjadi Portal Permainan

, ,
Akhirnya apa yang digembar-gemburkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Friendster yang dahulunya merupakan salah satu portal 'social networking' yang popular kini telah di'transform'kan menjadi sebuah laman web @ portal permainan secara online. Jangan terkejutlah ye, kerana pada pandangan aku, apa yang aku nampak dan perhatikan transformasi ini adalah satu-satunya langkah menyelamatkan Friendster daripada ditenggelamkan oleh Facebook. Langkah ini juga bermakna, Friendster bukan lagi seperti yang kita kenal dahulu. :(


Bagi yang masih tidak tahu, Friendster adalah kepunyaan sebuah syarikat daripada Malaysia iaitu MOL Global.


Aku juga dahulunya adalah penggemar laman Friendster ini sebelum wujudnya Facebook. Tetapi selepas Friendster ini dimiliki sepenuhnya oleh MOL Global pada 10 Disember 2009, maka bermulah transformasi baru kepada portal ini. 

Seperti yang aku terima melalui emel :
Dear fellow Friendster members,
As many of you may know, Friendster announced that it is re-launching itself as a social gaming portal and launched a beta version of the new Friendster a couple of weeks ago. The beta version was well received. I am pleased to announce that the new Friendster is going live thereby enabling all our users to login to the new Friendster using your existing Friendster username and password.
Aku juga pernah beritahu korang pada entri aku sebelum ini. Korang boleh baca kisah awal perancangan untuk memformat semula laman Friendster di SINI. Aku boleh katakan yang Friendster sebenarnya telah KALAH dalam peperangan sosial networking ini. Walaupun masih belum berkubur, Friendster mungkinnya tidak akan berkembang lagi seperti yang diharapkan oleh CEO mereka. Tapi, segalanya mungkin!

Akhir kata dari CEO Friendster, Encik Ganesh:
I would like to take this opportunity to thank all of you for your support and hope that all of you will enjoy the new Friendster as Friendster continues to innovate to serve and entertain you better.
Yours truly,
Ganesh Kumar Bangah
Chief Executive Officer
ceo@friendster.com
 Selamat berjaya, Friendster.