Ubat Masalah Rambut Untuk Lelaki Boleh Menimbulkan Masalah Seks

, ,
Fakta yang dinyatakan disini adalah sebagai maklumat kepada semua dan ini merupakan petikan semula daripada Men's Health on msnbc.com 


Antara ubat yang paling popular digunakan bagi mengatasi masalah kebotakan rambut adalah Propecia (finasteride). Ubat ini memang sangat berkesan hasilnya tetapi telah mewujudkan masalah seks buat penggunanya.


Pengguna ubat Propecia ini akan mendapati hasil yang menggagumkan apabila mendapati rambut menjadi semakin banyak dan semakin tebal terutamanya di kawasan kepala yang bermasalah. Sayangnya 1 daripada 80 pengguna ubat ini akan mengalami kegagalan ereksi (erectile dysfunction) menurut Archives of Dermatology. Kalau gagal ereksi, bagaimana nak beraksi di ranjang?

Apa fungsi Finasteride?
Ia berfungsi sebagai penghalang kepada enzim daripada menukarkan testosterone kepada dihydrotestosterone, iaitu hormon yang menggalakkan kehilangan rambut.
 Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah keguguran atau kehilangan rambut adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dalam mengambil ubat atau preskripsi yang ditawarkan oleh pihak ketiga. Kalau dah masuk umur 50-an tu rasanya biarkan sahajalah keguguran rambut tu. Tapi kalau muda-muda lagi dah ada masalah rambut sebegini eloklah dapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya. 

Jangan cepat panik dengan mengambil ubat-ubatan yang kita sendiri tidak pasti kesannya pada masa akan datang. Nanti menyesal sepanjang hayat.

Yang mana lebih penting, Rambut atau...... ? fikirlah sendiri ye.