Bagi yang belum tahu apa itu Kindle Fire, biar saya perjelaskan dengan tepat. Kindle Fire adalah sebuah komputer tablet dengan skrin 7 inci dengan pengoperasian sistemnya menggunakan Android 2.3. Kalau anda dah biasa tengok tablet Galaxy Tab daripada Samsung, maka lebih kurang begitulah juga rupanya Kindle Fire ini.
![]() |
Kindle Fire |
- Kindle Fire ini memasuki pasaran komputer tablet pada 28 September 2011.
- Harga semasa di pasaran hanya USD199.00 atapun RM899.00 sahaja
- Storan dalaman hanya 8GB.
- Penggunaan bateri bertahan selama maksimum 8 jam jika program sedang berlangsung.
- Berat 413 gram.
- Tiada sambungan 3G, hanya wifi.
- Tiada kamera.
Bagaimana dengan pretasi Kindle Fire ini?
- Warna skrin 'touchscreen' yang menggagumkan. Dengan 16 juta warna menyamai potensi iPad2.
- Bacaan ratusan majalah online dengan penuh berwarna-warni seperti Oprah, Vanity Fair dan sebagainya.
- Senang dan mudah dikendalikan. Tiada butang fizikal yang ada di skrin hadapan. Daripada membaca, menonton, mendengar semuanya hanya dengan satu sentuhan sahaja.
- 100,00 filem dan rancangan tv boleh dimuat turun, disewa atau ditonton terus dengan Amazon Prime.
- 'Dual-core processor' ataupun Pemproses dwi-teras yang sangat laju. Menyamai kelajuan pemproses Samsung Galaxy SII.
- Permainan seperti Angry Bird, Plants vs Zombies dan banyak lagi boleh dimuat turun di AppStore.
- Jutaan e-book seperti buku masakan, buku komik, buku terlaris semuanya datang dengan punuh warna di Kindle Store.
- Dengan memori dalaman yang terhad, Kindle Fire menawarkan pengstoran awan secara percuma. Simpan semua 'movies' gambar dan lagu di sana.
- Buku kanak-kanak yang paling sesuai dan berinovatif.

Kalau ada yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut boleh layari Kindle Malaysia dan Kindle Malaysia di Facebook.