Zombie Facebook - Part 1

, ,
Entri zombie ini khas untuk kaki-kaki Facebook yang selalu main game online. Tak kiralah sama ada yang suka main bercucuk tanam macam permainan Farmville ke, atau berjudi macam Texas Poker ke, ataupun lumba kereta macam Cartown. Sebab, kalau dah addicted dengan game di Facebook ni jawabnya memang banyaklah masa yang akan terbuang kerananya.


 Permainan bertemakan zombie di Facebook ni dah mula mengembang. Kalau dulu-dulu cuma ada satu-dua sahaja game sebegini. Tapi selepas kejayaan game pc Plants vs Zombies, dah semakin banyak pulak zombie muncul di Facebook ni.

Aku akan senaraikan beberapa permainan zombie di Facebook ni. Kalau nak try permainan ni, bolehlah try tapi kalau dah addicted jangan salahkan aku ya. :) (klik nama games tu untuk terus ke Facebook)

1. Braaains
2. Zombie Lane
3. Zombies Island

Aku tidak bercadang untuk buat review bagi semua permainan di atas, sebabnya blog ini bukan untuk review permainan online Facebook. Korang boleh cuba sendiri untuk tengok tahap ketagihannya. LOL. 

Untuk beberapa lagi permainan Facebook yang bertemakan zombie ni akan disertakan di dalam entri yang akan datang. Tunggu!

~p/s: entri ni adalah entri yang sama aku masukkan di blog aku di wordpress~